link : Misteri Disebalik Air Zam Zam Yang Tak Pernah Kering
Misteri Disebalik Air Zam Zam Yang Tak Pernah Kering
SALAH satu keajaiban yang boleh disaksikan selama berabad-abad adalah telaga air zam zam. Sumber mata air itu terus mengalir walaupun puluhan juta liter diambil setiap musim haji dan berjuta-juta liter lain di bulan-bulan biasa.
Seperti diketahui, jumlah jamaah haji rata-rata dalam 10 tahun terakhir mencapai 2.5 juta orang per tahun. Jika masing-masing membawa air zam zam 5 liter ke negaranya, maka ada 12.5 juta liter air zam zam yang diangkut ke berbagai negara. Sedangkan selama di Makkah, 2.5 juta jemaah haji boleh menghabiskan 50 juta liter.
Pada bulan-bulan selain Dzulhijjah, air zam zam tetap diambil. Untuk jemaah umrah sehingga untuk bekalan ke berbagai masjid di Arab Saudi. Anehnya, walaupun setiap saat dikuran, air zam zam tetap mengalir dan tak pernah kering.
Apa rahsianya? Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir membuat kenyataan kepada Akhbar Eropah bahawa air zam zam tidak sihat untuk diminum. Ia berdalih, kota Mekah berada di bawah garis permukaan laut. Kesimpulannya, air zam zam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mengendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga zam zam.
Ketika berita yang berpotensi merugikan dunia Islam ini didengar oleh Raja Faisal, ia amat marah kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyiasat. Maka dikirimlah sampel air zam zam ke makmal-makmal di Eropah.
Seperti dikutip Dakwatuna, hasil kajian itu menunjukkan menunjukkan bahawa air zam zam mengandungi zat fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman, layaknya seperti sudah mengandungi ubat. Dibandingkan dengan air telaga lain di bandar Mekah, kandungan kalsium dan garam magnesium pada air zam zam lebih banyak daripada telaga lain. Tak heran jika jemaah haji yang keletihan lalu minum air zam zam, mereka merasakan kesegaran semula.
Hasil kajian tersebut secara automatik membantah kenyataan doktor Mesir itu. Ia tidak boleh lagi menuduh macam-macam atas air zam zam selepas kajian tersebut diterbitkan.
Yang menghairankan dan masih menjadi misteri, telaga air zam zam adalah sumur yang sangat kecil untuk saiz berjuta-juta liter tiap bulan dan tidak pernah kering sejak 14 abad silam.
Tariq Hussain, seorang jurutera kimia yang bekerja di Pemasangan Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Kota Jedah, mendapat tugas menyiasat telaga air zam zam. Ternyata "kolam" telaga yang tak pernah kering itu hanya berukuran 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Berapa kedalamannya? Thariq menyuruh pembantunya yang mempunyai tinggi badan 5 feet 8 inci untuk menyemak. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantu tersebut. Thariq dan pembantunya juga mencari jika ada overdraf atau saluran paip di bawah sana. Ternyata tidak ada apa-apa.
Thariqlah yang kemudian mengambil sampel air zam zam tersebut dan dibawa ke Eropah untuk diuji. Hasilnya seperti di atas. Air zam zam terbukti bersih dan menyihatkan.
Ujian makmal telah membuktikan. Yang masih menjadi misteri sehingga kini, bagaimana telaga sekecil itu boleh mengeluarkan berjuta-juta liter air selama berabad-abad dan tak pernah kering di saat telaga-telaga lain di bandar Makkah termasuk saat Thariq memeriksanya sedang mengalami kekeringan.
Mulai tahun 1994, telaga air zam zam diuruskan lebih moden dengan menambah saluran agar air zam zam boleh ditampung lebih banyak untuk melayani jemaah haji, umrah dan penduduk tanah suci. Pam pun telah ditambah. Air zam zam lebih banyak digunakan, namun telaga ajaib itu tak pernah kering. Insya Allah tetap mengalir hingga akhir zaman.
Sumber Tarbiyah / islampos.com
Terima kasih Sobat sudah berkenan membaca :
Misteri Disebalik Air Zam Zam Yang Tak Pernah Kering
Kami rasa sudah cukup pembahasan Misteri Disebalik Air Zam Zam Yang Tak Pernah Kering untuk hari ini, Moga saja apa yang sudah Sobat baca dapat menambah wawasan dan wacana. Kami selaku Admin memohon maaf sebesar-besarnya bila terdapat kesalahan penulisan maupun kata-kata yang kurang berkenan, semoga kita dipertemukan di artikel berikutnya, Wassalamualaikum.
Baru saja selesai dibaca: Misteri Disebalik Air Zam Zam Yang Tak Pernah Kering link sumber: https://musilmislam.blogspot.com/2017/05/misteri-disebalik-air-zam-zam-yang-tak.html
0 Response to "Misteri Disebalik Air Zam Zam Yang Tak Pernah Kering"
Posting Komentar