link : Meninggal Kerana Sakit Perut Termasuk Syahid?
Meninggal Kerana Sakit Perut Termasuk Syahid?
TERDAPAT hadis yang mengatakan bahawa orang yang meninggal kerana sakit perut termasuk syahid. Benarkah orang yag meninggal kerana sakit perut tercatatat syahid?
Rasulullah shallallahu 'alahi wa sallam bersabda,
"Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal kerana penyakit tha'un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah," (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah).
Abu Hurairah radhiallahu 'anhu menyampaikan sabda Rasulullah shallallahu' alahi wa sallam,
"Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?" Mereka menjawab, "Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid." Beliau menanggapi, "Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit."
"Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?" Tanya para sahabat. Beliau menjawab, "Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit tha'un maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid, "(HR. Muslim).
Apakah setiap sakit perut pasti mati syahid? Apa bezanya dengan mati syahid di peperangan?
Syaikh Prof. Abdullah bin Jibrin rahimahullah menjelaskan,
Sakit perut yang (dimaksud) adalah cirit-birit yang teruk kerana (salah) pencernaan atau campuran rosak (makanan dan enzim perncernaan) kerana adanya sisa-sisa (bahan yang tidak diperlukan pencernaan) yang memberi kesan kepada perut berupa campuran. Campuran ini boleh mengganggu kestabilan makanan di dalam perut. Lambung itu stabil (tidak bergerak cepat) kita serupakan sebuah serbet (yang stabil). Apabila campuran mengganggunya maka akan merosakkan juga makanan yang sampai ke perut.
Dalam kitab Fathul Bari terdapat Bab: ubat sakit perut dan terdapat hadis dalam shaihain dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alahi wa sallam, beliau bersabda,
"Orang yang kerana sakit perut adalah syahid, Orang yang kerana sakit perut adalah syahid"
Yang dimaksudkan di sini adalah baginya pahala mati syahid. Akan tetapi mayatnya tidak diurus sebagaimana orang mati syahid.
Maka jasadnya tetap dimandikan, dikafani dan disolatkan, berbeza dengan syahid di medan peperangan maka ia dikebumikan dengan pakaian syahidnya di dunia, tidak dimandikan, tidak disolatkan sebagaimana pendapat yang masyhur di kalangan ulama. Wallahu a'lam.
sumber islampos.com
Terima kasih Sobat sudah berkenan membaca :
Meninggal Kerana Sakit Perut Termasuk Syahid?
Kami rasa sudah cukup pembahasan Meninggal Kerana Sakit Perut Termasuk Syahid? untuk hari ini, Moga saja apa yang sudah Sobat baca dapat menambah wawasan dan wacana. Kami selaku Admin memohon maaf sebesar-besarnya bila terdapat kesalahan penulisan maupun kata-kata yang kurang berkenan, semoga kita dipertemukan di artikel berikutnya, Wassalamualaikum.
Baru saja selesai dibaca: Meninggal Kerana Sakit Perut Termasuk Syahid? link sumber: https://musilmislam.blogspot.com/2017/05/meninggal-kerana-sakit-perut-termasuk.html
0 Response to "Meninggal Kerana Sakit Perut Termasuk Syahid?"
Posting Komentar